Saturday, 2 March 2013

Lokasi SMK Dato' Onn Butterworth


View Larger Map

Logo Sekolah Hijau- SMKDOB


Kod Eko SMKDOB


Kod Eko SMKDOB



Perjumpaan kali kedua

Perjumpaan kali kedua telah diadakan pada hari Sabtu, 2 Mac 2013.
1. Kesemua ahli unit berkumpul di Sanggar Muhibah bersama-sama Cikgu Dorothy dan Cikgu Fadzilah.
2. Ahli-ahli telah membawa kulit buah-buahan dan bekas untuk menyimpan BIM seperi yang telah diminta oleh Cikgu Fadzilah. Kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli sangat dihargai.
3. Tempat BIM(kawasan bawah tangga blok Fittonia berdekatan dengan blok tingkatan 1) dan Mudball(kawasan bawah tangga blok Fittonia berdekatan dengan surau.) telah dibersihkan.
4. Serai telah diambil dari taman herba SMKDOB bagi penyediaan BIM serai yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk.
5. Para ahli memulakan proses penyediaan BIM. Serai dan kulit buah-buahan telah dipotong kecil agar senang dimasukkan ke dalam bekas.
6. Proses penyediaan BIM berjalan dengan lancar.
7. Proses pembentangan mengenai kaedah-kaedah dan kebaikan BIM dan Mudball kepada para pelawat yang hadir(seramai lebih 61 orang) juga berjalan lancar.
8. Para ahli mengemas dan membersihkan semula Sanggar Muhibah yang digunakan sebelum bersurai.
9. Kesemua BIM yang dihasilkan telah disimpan di tempat penyimpanan BIM.
10. Kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli unit BIM dan Mudball amat dihargai. Terima Kasih!

Perjumpaan kali pertama

Pada perjumpaan kali pertama, ahli-ahli unit bim dan mudball telah:
1. mengadakan sesi perkenalan (memperkenalkan guru penasihat unit, ketua unit dan penolong unit.)
2. mengadakan pelantikan AJK (setiausaha, penolong setiausaha,jurugambar, AJK ICT dan AJK tingkatan)
3. Mengemas tempat penyimpanan BIM dan Mudball
4. Mudball yang sudah tidak boleh digunakan telah dipecahkan(dengan menggunakan cangkul) dan diletakkan di sekeliling info pokok.
5. Membersihkan bilik Info Green SMKDOB.
6. Guru penasihat unit telah memberikan tugasan kepada ahli-ahli unit (pelajar tingkatan 1) untuk menyediakan folio ringkas yang mengandungi maklumat mengenai BIM dan Mudball.

Mudball

Mudball ataupun bebola lumpur merupakan sejenis ejen pencuci yang boleh digunakan untuk membersihkan sungai, takungan air,... . SMKDOB aktif dalam menyediakan mudball untuk dibaling ke sungai. Sungai Mak Mandin dan Sungai Perai merupakan sungai yang pernah dibaling mudball yang telah dihasilkan oleh warga SMKDOB.

Bahan-bahan untuk membuat Mudball:
Tanah Merah (1 baldi)
Dedak ( 1 baldi)
BIM (1/2 baldi)

Cara- cara menyediakan mudball:
1. Campurkan tanah merah dan dedak. 
2. Gaulkan hingga sebati kedua-dua bahan tersebut.
3. Campurkan BIM dan gaul kesemua bahan-bahan tersebut.
4. Gumpalkan campuran bahan-bahan tersebut (besarnya lebih kurang saiz bola tenis)
5. Simpan dan tunggu selama 2 minggu sebelum digunakan.

BIM

BIM(Beneficial Indigenous Microorganisms) merupakan sejenis ejen pencuci yang boleh digunakan untuk membersihkan lantai, tingkap, singki, longkang dan macam-macam lagi.

Bahan-bahan untuk membuat BIM:
gula merah
kulit buah-buahan(buah oren, buah tembikai, buah mangga,...)
air

Nisbah yang digunakan:
1 sukatan untuk gula merah
3 sukatan untuk kulit buah- buahan
10 sukatan untuk air
(pastikan bekas yang digunakan apabila membuat sukatan untuk gula merah,kulit buah-buahan dan air adalah bekas yang sama )

Cara-cara menyediakan BIM:
1. Masukkan 3 sukatan kulit buah-buahan ke dalam bekas
(botol air mineral-1.5 liter, botol minyak, atau apa sahaja bekas yang boleh menyimpan BIM)
2. Masukkan 1 sukatan gula merah ke dalam bekas yang sama yang telah diisi dengan kulit buah-buahan.
3. Campurkan 10 sukatan air dan tutup bekas tersebut.
4. Goncangkan bekas tersebut. (sehingga sebati semua campuran bahan-bahan tersebut)
5. Simpan dan pastikan setiap hari, penutup bekas tersebut dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil.
6. Selepas disimpan selama 3 bulan(tempoh matang), BIM akan dapat digunakan.